Saturday 12 May 2012

Sanah Helwah! ♥


Assalamualaikum. hari ni 13 may 2012. sanah helwah nurif! dah besar. and dah matang harpanya. k. disini just nak ucap, moga lebih dekat dengan Allah, moga lebih matang dalam mnyelesaikan masalah yang mendatang. tau :) moga jadi anak soleha, cantik dimata Allah dan cantik di mata ibu bapa. :). maaf takde hadiah lagi nak bagi. harap claim nanti k. tapi ade suprise untuk you dan mira. *btw post ni untuk mira norman jugak tau. fair and square harapnya. kikikik :D. nanti korang akan diberikan hadiah. ehem :). untuk mira norman. 5 may hari tukan. you pun claim hadiah nanti tau. :). i tak sweet macam orang lain. tapi dalam usaha nak jadi sweet jugak ni. eheh. nanti if Allah izin kita jumpa dan makan sama2 k. sebenarnye. just nak cakap. moga kalian hidup sentiasa dalam rahmat Allah, jangan pernah sia2 kan apa yang Allah bagi kat kita k. umur itu satu nikmat, jadi gunakan sebaik mungkin tau. *pesanan buat diri jugak sebenarnya. disini ada something. moga kalian terhibur dengan bait2 yang akan menbuatkan persahabatn kita makin erat kerana al Khaliq. ^_^,


Teman, aku ingin....

Teman tersayang
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
cintakan kebenaran, sanggup bersakit

Serta tawakkal Ibrahim mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
di bumi tandus tanpa bicara
meyakini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed al-Qutb
ketika berhadapan dengan tali maut
akidah mantap tidak terenggut
roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
menahan panahan Hajjaj dengan rela bersama si ibu tua
lantas syahid, rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna
fikrahnya jernih, menggegar dunia
merelakan tubuhnya dimamah peluru
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam
moga kan lahir lagi di abad ini
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf
tetap mencintai saudaranya
walaupun dihumban ke perigi tua
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi

Aku ingin persahabatan indah ini 
bisa menjadi syafaat
di mahkamah mashsyar nanti...


*sumber. khas dari karya idola sepanjang zaman inshaAllah. kak fatimah syarha tautan hati 2008.



ehem ni diaa. bunga. nah hadiah ikhlas dari i. kikiki :D







 ni pulak makanan. ehem korang dua orang kongsi2 lah tau. kikikiki :D

and lastly. 






























SURPRISE!!!



Assalamualaikum umi teh & umi ra *(k nama miranorm tu i yg cipta) haha.:P
wardah & amar nak cakap. selamat hari lahir, semoga jadi anak, yang solehah tau, wardah & ammar rindu sangat kat UMI UMI. ni semua. :D. nanti wardah & ammar kirim hadiah k. hiihi. jaga diri jugak SAYANG UMI UMI NI KERANA  ALLAH SANGAT.  ♥

*ehem i paham bahasa wardah dan ammar sebab i belajar bahasa bayi dalam subject psychology. jgn jealous k. heheh. moga terhibur semua. ^_^

salam sayang dan rindu, ♥
dari. Niena Najwa Bt Mohd Rashid
         Wardah Marwa 
         Ammar fahmi




^_^.


Thursday 10 May 2012

ucapan tahniah. :')




Assalamualaikum. :)

hari ni jumaat 11 may, 2012. takde ape nak buat kat bilik. *actually boleh je nak setudi v_v". hmm ni baru nak update belog yang dah ditinggalkan selama 3 bulan. actually entry ni nak buat sempena kawan. Nur Dianah bt Kamarul Bahrin. tahu dah lambat, tapi takpelah buat je. kan. actually masa pergi wedding tu, macam macam perasaan ada. and sometimes people tak perasan attitude tu akan buat kite perasan dan annoyed. * k stop jelaous najwa*wuwuwuuwuwuw. v_v. baiklah. firstly, TAHNIAH DENA! awak dah bergelar isteri, moga awak mejadi anak, hamba , dan ISTERI yang paling solehah, moga menjadi penyejuk mata suami k . :) inshaAllah. sempat je bergambar dengan pengantin. k kena beratur sebab ramai sangat, yang nak bergambar.
alhamdulilah, wedding ni berjalan dengan lancarnye . *eh macam kite lak wedding planner.* huuuu. and the most yang macam terkesan masa pergi wedding ni. adalah doorgift dye. sangat islamic. i like comel pulak. k nak tunjuk gambar. tadddaaa. :)

Nur Dianah & Soffian Ariff


k, ni jiha. ehem :D

ni namanya ambik berkat dengan pengantin.


 door gift :')

moga perkahwinan ini membawa kalian makin dekat dengan syurga Allah. moga cinta kalian kekal hingga syurga ^_^ 















 * nice quotes: LOVE AFTER MARRIAGE, will be more awesome and full with barakah. ^_^ 

p/s: mohon doa kalian, moga najwa dapat suami soleh jugak TQ :D





Love,
Niena Najwa BT Mohd Rashid :)

Wednesday 18 January 2012

Jom jadi solehah. :)



Doa masuk dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)
Doa Potong Sayur & Buah
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Kendian yakin dan dakwahkan - Bukan kita bagi sedap. Yang bagi sedap, Allahhhhhh!

Jangan lupa tutup kepala supaya rambut, kelumumur, kutu , syaitan dan seumpamanya tak terjun,  dan seumpamanya dalam makanan



credit to: notadisiku.blogspot.com. 


najwa just share.. selamat beramal ^_^

Aku mohon petunjukMu.


Bismilahirahminrrahim.
Salam Mahabbah.

Alhamdulilah Allah bagi kesempatan dengan nikmat iman dan islam dalam diri ini.Thanks Allah.. Kadang kadang hati hitam ini akan terlupa pada Allah. sedangakan Allah itu tidak pernah lupa pada hambanya.Astaghfirullah..hati ini kembali beristighfar.mengenagkan dosa dosa silam.jahiliah yang tesisa di dalam hati in.masih belum di sucikan.Allah beri aku peluang untuk berubah."sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya " terkesan sungguh dengan firman Allah ini.

Sungguh aku takut jika diri ini terlibat dengan syirik cinta. apakah itu syirik cinta? SubhanAllah.menyintai sesuatu sama seperti menyintai Allah. Allah sungguh aku hamba yang muda alpa.takutnya pada syirik cinta ini.moga Allah lindungi aku.moga Cinta ku padaMu. melebihi segalanya.ameen ya rabb..sering bertanya kepada diri sendiri.adakah kerap lidah ini basah dengan zikrullah,adakah kerap fikiran ini fikirkan kebesaran Allah.atau.lebih kerap memikirkan tentang orang tersayang atau lebih kerap berfikir tentang keadaan duniawi.

ingin sekali diri ini.menggapai redhamu ya Allah,.bangkitlah! menuju mardhatillah.usah diragui atau kuatir dengan omongan manusia,kerana teringat pada kata ustaz semasa di sekolah dahulu bahawa.manusia ini lebih sensitiv dengan pandangan manusia. tetapi tidak begitu sensitiv dengan pandangan Allah. Allah.,sungguh Allah itu yang perlu diutamakan melebihi yang lain.jagalah Allah.pasti Allah akan menjagamu.SubhanAllah.indahnya islam.moga sentiasa di bawah rahmatmu..maaf jika perubahan ini tidak disenangi manusia lain.maaf sekiranya aku tidak seperti dahulu,mesra seperti dahulu.maaf. aku bukan sombong cuma mahu menjaga hak Allah,cuma mahu menjaga syariatNya. moga setiap usaha ini Allah redha.ammeen ya rabbal alamin. ^_^

*monolong dan bermuhasabah.*



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Mohon magfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskan lah diriku dari di belenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku ya Allah
Bimbinglah daku ke jalan redhamu
Moga sinarmu terangi hidupku
Didalam kegelapan
Aku kan kembali padamu Rabbi
Mengadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Wahai Tuhan yang maha pemurah

mari amalkan Sunnah Rasulullah :)




insyaAllah barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah hidupnya akan diberkati..ameen..
oke sekarang senarai diet yang diamalkan Rasulullah...

  • jangan makan Daging + susu
  • jangan makan susu + ikan
  • jangan makan ayam + susu
  • jangan makan daging + ikan
  • jangan makan ikan + telur
  • jangan makan susu + cuka
  • jangan makan ikan + daun salad

  • jangan makan buah + susu ( contohnya..koktel) tapi kalau susu kultur tu boleh je..(:
  • jangan makan buah selepas makan, sebaliknya makan sebelum makan ..nasi..
  • Tidur satu jam selepas makan tengah hari..
  • Jangan sesekali tinggal makan malam..sesiape yang tinggal makan malam,,dia berkemungkinan akan dimakan usia and kolestrol dalam badan akan bertambah
  • Minum segelas air sejuk setiap pagi..mm..bukan minum dengan ais tau.. :)
  • Makan dengan tangan and jilat jari selepas makan ini kerana,,di celah-celah jari tadi terdapat enzim-enzim yang 10 ganda terdapat dalam air liur..
mungkin agak pelik..tapi moh le kite sama-sama amalkan..agar dapat keberkatan insyaAllah..


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.. Bunny

Tuesday 17 January 2012

Monolog.hatiku.



ya Allah...ya Rahman..ya Rahim..
Allahu rabbi aku minta izin........
bila suatu saat aku jatuh cinta .....
jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,
Hinnga membuatku lalai akan adanya engkau,

Allahu rabbi aku punya pinta,
Bila suatu saat aku jatuh cinta ..
penuhilah hatiku dengan batas cintamu,
yang tidak terbatas
Biar rasaku terhadapmu tetap utuh

Allahurabbi,,
izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
pertemekanlah kami,
berikanlah kami,
pertemukanlah kami
berikanlah kami kesempatan,
untuk lebih mendekati cintamu..

Allahurabbi,,
Pintaku yang terakhir adalah,
seandainya aku jatuh hati,
jangan pernah kau palingkan wajah mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu,,,

adaptasi:: fatimah syarha(novel seindah mawar berduri)
mood:: sedang mentarbiyyah diri

pemgemis cinta dan kasih ilahi..:)


Lelaki yang kami Rindu.



Lelaki yang kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya,
tiangnya agama,
batinnya takwa,
ilmu teguh didada,
hatinya sarat cinta,
kepada Allah dan Rasul-Nya,
suluhnya bukan nafsu semata,
tapi ihsan kaya dijiwa.

Lelaki yang kami rindui,
terhibur dengan kalamullah,
merasa manis denagn zikrullah,
rindukan perjuangan Rasulullah,
cintakan sunnah kekasih Allah,
gagah menangkis mehnah,
di akhir zaman yang penuh fitnah.

Lelaki yang kami rindui,
mengemudi bahtera rumahtangga,
petunjuknya al-Quran,
petanya sunnah junjungan.

Panjinya islam,
sauhnya iman,
layarnya takwa,
pakaiannya sabar,
semangatnya membara,
setiap ketika menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindui,
malamnya syahdu dek tangisan,
tidak terbuai dek lena yang panjang,
munajatnya pilu,penuh keinsafan
sujudyan penuh kehambaan.

Gentarkan neraka jahannam,
agar tak menyentuh anak isteri tersayang,

Lelaki yang kami rindui,
mengenal kami cinta hakiki,
cinta ilahi itulah visi,
agar hidup diiringi rabbi,
bersih dari tipuan iblis.

Dan lelaki yang kami rindui,
membentangkan kami permaidani muhasabah,
kata-katanya adalah tazkirah,
senyumannya adlah nasihah,
dan telunjuknya adalah arah,
agar tetaplah kami penuh hebah,
di atas landasan islam yang indah,
hingga ke titisan darah......

adaptasi:: novel seindah mawar berduri(karya ukhti fatimah syarha)

Mawar agamaMu.


Bismilahirahmanirrahim.
Salam mahabbah.

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..
sekadar renungan bersama..^^


Hablu minallah hablu minannass.


Bismilahirahnirrahim.
Salam mahabbah.


Moga setiap bait kata kata ini Allah redha. :). Actually tadi baru bace solusi yang isu 39 menarik sangat ilmu yang ada dalam tu. jadi nak kongsi dengan apa yang najwa faham.Bila Allah tidak diletak no 1 dalam list hati kita.pasti hidup kita ni.macam nothing je kan? kosong.gelap je. sebab Allah tu takde dalam setiap apa yang kita lakukan.jadi isu berbanking dalam entry kali ini ialah. bila kita marah tu.kita tak letak Allah dalam hati kita maka stress tak dapat nak diurus dengan baik. Orang yang berakhlak mulia tidak akan marah secara keterlaluan, Stress yang keterlaluan hanya akan dialami oleh mereka yang mengabaikan iman dan akhlak islamiah dalam hidup mereka.actually punca stress itu bukan datang dari tekanan mental atau apa, tapi ianya kecelaruan dan kelemahan hati.hati yang lemah ni mudah je nak marah, mudah teringgung, dan sukar nak memafkan kesalahan orang lain. apabila kita nak marah yang macam tak dapat nak control ke kan. ingat lah pada pesan rasulullah yang bermaksud" Orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal marahnya"(riwayat muslim). jika kita inginkan hati yang kuat, maka perbaikilah solat akrabkan lagi hubungan dengan Allah melalui solat bacaan al quran dan sebagainya. Hasil akrab dengan Allah.hubungan seseorang itu dengan manusia lain jga,akrab. mesra dengan semua orang kerana bila dia menjaga syariatnya dengan Allah .pasti Allah mdahkan je urusan kita dengan manusi jua.jadi jagalah hubungan dengan Allah begitu juga hubungan dengan manusia.Moga segala usaha kita untuk memperbaiki diri ini. Allah redha. :)

wallahualam.

p/s: *segala kata yang terungakap ini semua adalah untuk peringatan buat diri dan sahabat yang membaca. moga bermanfaat.*

boleh tambah kalau ada yang kurang :)

Letakkan Allah sentiasa di hati. ^_^



Bismilahirahmanirrahim,
salam mahabbah,

Akhir zaman, manusia begitu obses dengan hiburan dirumah, berhibur sekeluarga di hadapan tv. Sambil bekerja hiburan terus tersemat di hati, speaker kecil di telinga tak lekang setiap masa. pada waktu malam pula berhibur di pusat hiburan .alasnnya mahu menghilangkan penat lelah seharian bekerja. hatta. hingga ke bilik air sekalipun. hiburan ini tetap di hati. sebelum tidur masih lagi dengan hiburan. pendek kata hidup penuh terisi dengan hiburan semata mata. * hakikatnya semua itu hanyalah hiburan sementara. walhal hiburan hakiki bagi orang mu'min ialah mengingati Allah seperti, solat, mebaca al quran dan berzikir. jangan biarkan budaya hedonisme ini menular dalam diri setiap umat islam. walllahualam. 

* sumber : Solusi isu 39. (moga bermanfaat) :)

Monday 16 January 2012

Jadikan kami Bidadari syurgaMu..


bismilahirahmanirrahim.
salam mahabbah.


My dear friend,
simple poem for you, forgetting you is hard to do, but forgetting me its up to you,
forget me not, forget you never, forget this message but not the sender,
I miss You because of Allah ^_^.

Nilai ukhwah itu lazat rasanya, kerana nilainya itu,
bukan hanya terletak pada satu pertemuan,
nilai itu tidak terletak pada meriahnya perbualan,
nilai itu juga bukan dikira, pada harga hadiah berian,
tapi ukwah itu bernilainya tersirat pada,
sesebuah ingatan. :)

:: najwa sayang nurif . and dedicate post ni khas untuk awak ^^

Sunday 15 January 2012

Alhamdulilah Allah masih memberi nikmat :)



Alhamdulilah. Allah  memberi nikmat kepadaku..yang paling perlu disyukuri adalah kerana nikmat Islam dan Iman itu sendiri.. :) dah lama sangat najwa tak update blog..dah bersarang berhabuk..tapi alhamdulilah Allah dah bagi kesempatan untuk update and insyaAllah akan diupdate dengan ilmu2 baru lepas ni..doakan darah daie terus mengalir :)

suka kat sini nak berkongsi tentang. diri sendiri..hee..saje je..oke lah tanpa membuang masa meh nak perkenalkan diri.

name: Niena Najwa Bt Mohd Rashid
age: 19
school: Sma Teluk Kemang port dickson n.9 ( form 1- form3)
Smk tun aminah batu pahat johor. (form 4- form 5)
university: Centre for foundation studies IIUM ( Human sciences)
fav colour: Blue ^_^
siblings: 3 ( 1 sister and 1 brother)
quotes: " najwa,, dirimu adalah icon untuk ummah jangan jadikan dirimu fitnah agama dan merosakkan pandagan orang lain tentang islam. jadilah dirimu mawar yang bisa menghunuskan durinya dan harum mekar dengan keindahan akhlak islami, :) insyaAllah.

Ikhlas dari hati seorang sahabat.


surat ini ikhlas dari lubuk hati seorang sahabat yang menyayangimu kerana Allah,

Dear sahabat seislamku,
jangan biarkan orang lain mencorak kan hidup kita,
jangan biarkan diri kita menjadi fitnah dalam agama,

sahabat yang disayangi kerana Allah,
suka disni hendak berkongsi,,tentang fitrah cinta,

terkesan dengan ayat yang tertulis di dalam novel karya fatimah syarha, Sebarkan cintaMu,
" lelaki yang menawarkan cinta kepada kita dengan cara mengiklankan kederhakaanya kepada Allah, jangan diharap dia mampu memimpin cinta itu ke syurga."

e;g : seorang lelaki dengan beraninya menawarkan cintanya dengan sms or call or email or chat kat fb,or tweet kat twitter,,, tanpa mendahulukan wali,, buat sesuatu yang Allah tak redha, itu telah menunjukkan yang dia bukanlah seorang lelaki yang baik kerana dengan terang-terangan sudah berani tunjukkan derhaka kepada Allah, apabila dia melanggar hukum Allah, dengan cara mendekati zina.waallahualam.

cinta itu fitrah, dan pada usia remaja kini,,diri sering teruji dengan cinta2 yang yang tidak sepatutnya, cinta itu fitrah,,rindu itu fitrah,, tapi ia akan menjadi fitnah apabila,,cara cinta itu disalurkan,,apbila cinta disalurkan dengan cara yang salah,, maka cinta yang suci itu akan bertukar menjadi fitnah..

sahabat,,
tidak salah merindu,, tidak salah mencinta,
cuma,,apabila rindu atau teringat2 itu datang bertandang cepat2 istighfar,,ini kerana bukan rindu itu satu dosa tetapi kerana takut zina hati datang bertenggek di hati kita,

sesungguhnya apabila diri kian diuji,
jadikan ujian itu sebagai lubuk pahala,,apabila rindu datang bertandang,,jagan terus call,,or sms,,but,,teruskan istighfar dan terus mengingati Allah...perbanyakkan aktiviti yang berfaedah dalam kamus hidupmu.insyaAllah, allah akan membantu,

ingatlah wahai sahabatku,
apabila diri kta menjaga Allah, pasti Allah akan menjaga kita,
apaila kita menjaga diri kita dari berbuat maksiat kepada Allah,
Allah akan menjaga diri kita, dari masuk ke lubang maksiat.
wallahualam.

p/s: peringatan buat diri dan sahabat yang disayangi kerana Allah. ^_^ moga bermanfaat.

:: mawaragama. ^_^

Apa hukum berpoligami sebenarnya?


Bismilahirahmanirrahim.
Assalamualaikum,

sahabat,sahabat, harapnya berada dalam keadaan yang sihat..baiklah sebelum memula bicara..mari kita kenal dahulu apakah hukum sebenar pligami ini? adakah ianya haram?wajib?sunat?atau harus?.kebanyakan masyarakat masa kini biarpun yang berilmu mahupun yang kurang berilmu.pasti akan terkeliru dengan hujah2 orang yang mengakkan bahawa ianya sunnah. baiklah biar saya terangkan serba sedikit tentang apa yang saya fahami.

dalam masyarakat kini kita ada 3 golongan iaitu golongan ekstrem,liberal.dan golongan pertengahan,jadi berdolaha agar kita sentiasa berada di dalam golongan pertengahan ini.:) allahumaameen.. 

Sunnah di sisi fiqh adalah sesuatu perbuatan ynag apabila dibuat mendapat pahala,sekiranya ditinggalkan tidak berdosa dan dan ianya digalakkan untuk dilakukan.

hukum asal poligami adalah harus dan ianya mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama,bagi meletakkan hukum asal ini.

ayat "poligami itu sunnah" wajar ditinggalkan sebagaimana kita meniggalkan ayat "pehambaan itu sunnah" "penceraian itu sunnah" supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, meskipun nabi melakukan hal hal yang sedemikian.

*perlu diingat disini rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun pada akhir usia baginda. maka sunnah berMOnogami lebih mendominasi berbanding poligami jadi,boleh dikatakan bahawa monogami itu sunnah juga,

jadi bagi lebih difahami dan memendekkan kan perkataan. Tingalkan ayat poligami itu sunnah dan bertukar kepada poligami itu harus.wallahulam

*sumber- novel sebarkan cintamu kak fatimah syarha mohd noordin

:: mawaragama ^_^

Dont worry. Allah ada :)



Bismilahirahmanirrahim,
salam mahabbah,

pagi pagi.alhamdulilah siap semua kerja, boleh update blog :) saje je nak share, something, whenever you feel sad,depressed,stress or any negative thinking ke kan, hmm.. mesti macam stress je kan..and akan nangis puas-puas (itu najwa je kot huhu)..tapi bila fikir fikir balik sebenarnya ada sebab Allah uji kita,,jadi kita seharusnya pasak kan dalam diri kita, yang Allah tu memang ada sebab kenapa buat macam tu kat kita kan :).. hmm, lagi satu kan,,bile macam rase lonely je kadang2 kan,,sometimes dalam hidup kita ni walaupun ramai orang dah sekeliling kita tapi kita tiba2 ada macam feel,,"lonely je"..sebab tu bile suddenly this feel come to us.we have to prevent it,mencegah lebih baik dari mengubati kan? jadi,,

bile rase macam tu.cepat cepat ingat yang Allah itu ada dengan kita ALWAYS,ALWAYS..memang selalu ada..jadi.mengadu je dekat Allah, Allah tu dekat,dekat sangat umpama dekat dengan urat2 kita ni..terlalu dekat. jadi jangan selalu gundah gulana kan hati tu * ni peringatan untuk diri jugak * huhuhu.. sedih je..mesti macam blank kan..takpe Allah ade kan dengan mengingati Allah hati akan tenang kan? :)

kalau yang macam baru baru putus cinta ke kan? or pape je lahh yng sedih2 kan jgn risau tau..Allah kan ada untuk kita ,,Allah boleh bagi segalanya, manusia tak boleh buat macam apa yang Allah boleh buat kan masyaAllah. hebat!.

baiklah tu je yang nak kongsi.yang penting jangan worst kan keadaan buat bende yang tak elok ke kan.just bergantung je pada Allah, Allah je yang paling faham kita dalam dunia ni,. selamat beramal :)

p/s: kalau ada yang kurang boleh tambah2 dan kalau ada yang silap,boleh tegur ,syukran :)

:: mawaragama ^_^







sayang kerana Allah.


niena najwa