Thursday 18 April 2013

Aku bukan Malaikat.


Bismillah.



Aku bukan malaikat,

yang kau jangka akan baik sepanjang masa.

imannya statik tiada turun tiada naik.

Tapi aku.

aku manusia biasa, yang punya pasang surut iman.

bila aku bertudung labuh, kau sering menganggap aku tiada dosa.

apa aku juga rasul? maksum dilindung tuhan?

aku juga punya rahsia,punya sejarah.

bukan lahirnya aku, terus menjadi manusia berguna.

kenapa manusia sering mengimpikan kesempurnaan dari aku?

sedang aku juga seperti mereka,

belum tentu masuk syurga, belum tentu juga masuk neraka.

kadang aku juga rapuh dengan sandiwara dunia,

walau aku sedar aku punya tuhan.

namun,

sukar untuk aku menafikan , bahawa dunia juga punya nikmatnya.

cuma ia,

tidak kekal. tidak kukuh seperti di syurga.

sekali lagi. jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada aku,

takut takut, bila saat aku jatuhkan maruah kau,

kau akan sedih sendiri, lalu buang aku dari kamus hidup kau.

aku bilang sekali lagi,

aku bukan malaikat. Jangan harap kesempurnaan dari aku.

aku tak punya apa.

kerana,

kesempurnaan itu hanya ada pada Tuhan, dan bukan pada aku

Niena Najwa Mohd Rashid
28/3/2013, 9.41 am

0 comments:

Post a Comment