Thursday 18 April 2013

Berundur.



Dear self,

kadang bila saat hilangnya manusia, kau buta dengana adanya Dia. kau lupa, kau leka, yang Dia tidak sedikit pun pernah tinggalkan kau. Tapi kenapa kau masih lagi cari si dia untuk kau rasa disayangi? sedangkan maha memberi kasih sayang, ada untuk kau cari? sentiasa ada, aku ulangi, Sentiasa ada. aku, monolog sendiri, “kadang aku cemburu, aku lihat kondisi hati rakanku, enaknya mereka dibelai manja si kekasih hati”, aku bermonolog lagi, “hey! mereka belum halal, apa yang manisnya? manis sama sama tempah saham ke neraka? apa itu juga yang kau nak rasa?” mungkin, untuk sedapkan hati aku, aku fikir apa yang bakal terjadi bila aku pilih untuk bermanja dengan masih belum pasti milik aku, aku bermonolog lagi “eh,kau lupa kau pernah dilukai? kau lupa kau pernah dicincang hati, hati kau ditusuk tusuk bagai duri, kau lupa ke semua tu?” sudah, lupakan soal itu, mantapkan soal hubungan kau dengan tuhan, pasti kelak ada hadiah yang lebih bermakna dari tuhan.

percayalah dengan tuhan, Dia maha baik bukan? mengapa mahu mempersoal, sedang nikmat tuhan itu sudah diberi secara nyata, cuma kau sahaja yang tak sedar.

bersyukurlah wahai diri, bilamana tuhan tarik nikmat yang kau alami dulu, sebab tuhan tak nak kau terus hanyut dengan nikmat yang Dia tak suka.

sebab, sebenarnya apa yang kau rasa nikmat, manisnya dulu tu, bukan nikmat.

tapi dosa, bala.

sudah, tarik diri kau dari permainan syaitan ni.

Aku bilang sekali lagi,

Berundur.

Niena Najwa Mohd rashid

 18 march 2013

0 comments:

Post a Comment