Thursday 18 April 2013

Bahagia



manusia.

gapailah bahagia itu. bahagia yang sebenar.

bukan sukar, hanya tunduk pada tuhan.

bukan sombong, mendongak ke langit, sombong sampaikan sujud pun tidak pernah.

manusia,

bagaimana kau mahu bahagia? sedangkan hidup kau, tak putus putus membeli tiket untuk ke neraka.

bahagia bukan dengan perempuan keliling pinggang, bermanja, penuhi nafsu syaitan kau yang membuak buak itu. bukan!

bahagia bukan, duit berkepok dalam dompet, berjuta dalam bank, 7 keturanan makan tak habis. bukan!

bahagia bukan, menjadi dekan setiap sem, dibangga, disanjung dengan kebijaksanaan yang tuhan pinjamkan sekejap itu, bukan!

bahagia bukan, bercinta romantis, dengan kekasih hati, bermesra, berduaan dalam gelap bercumbu mesra, berpelukan erat, akhirnya mengadung bayi yang tidak berdosa.haram

itu lagi bukan bahagia sebenar, itu derita yang kau cari hasil dari bisikan syaitan yang tak dapat kau hindari.

Bahagia yang sebenar adalah.

bila saat kau rasa enak dengan belaian cinta tuhan.

bersyukur, terasa nikmat yang sedikit itu adalah satu nikmat yang berharga buat kau.

bila saat kau sujud di satu pertiga malam, sujud lama, berdialog dengan tuhan, menangis. itu bahagia.

bukan hanya solat lima waktu, cukup puasa bulan ramadhan, bertudung litup, berserban alim. ah , itu tidak cukup. jika hanya luaran kau baik, tapi dalam hati kau hitam berkarat.

rasakan kebergantungan yang total dengan tuhanmu. tawakkal sepenuhnya pada Tuhanmu itu, sungguh dia sentiasa ada untuk dengar engkau manusia.

balik lah pada pangkuan tuhanmu. baliklah.

Dia sentiasa membuka pintu pintu yang luas untuk kau manusia.

usah putus asa. carilah tuhanmu. dia sentiasa ada untukmu.

Niena Najwa Bt Mohd Rashid
  25/03/13 9.23pm

0 comments:

Post a Comment