Monday, 21 January 2013

Konvensyen Fiqh Wanita 2013 - part one-



Bismillah. 

Alhamdulilah, Allah bagi peluang masih ada tenaga, masih benafas untuk terus berkongsi perkongsian yang sedikit ini, moga sedikit ini akan memberi manfaat juga pada orang lain dan diri najwa sendiri. :)

19-20 january najwa dan 4 orang kawan, kami berpeluang allah izin kami menghadiri konvensyen fiqh wanita 2013. kadang ada yang masih tidak ber peluang ini, jadi najwa akan share apa yg najwa dapat, mungkin tak sebanyak apa yang para asatizah cakap, but then i'll try the best untuk share :)

Perbentangan 1 : Wanita solehah pendamai dunia - by ust zaharuddin abdul rahman-

kata ustaz, wanita solehah tidak akan wujud tanpa adanya sinergi dari para lelaki yang soleh, tidak kira lelaki itu sama ada ayah, suami mahupun rakan sekerja ataupun mad'u.

 pada zaman jahiliah dahulu wanita tidak dianggap apa apa, pernah umar al khatab berkata yang bermaksud " kami semasa jahiliah tidak mengaggap wanita itu mempunyai apa apa nilai" , lihatlah betapa endahnya martabat seorang wanita sebelum datangnya islam. sungguh benarlah islam itu sebaik baik agama, yang tidak sama sekali mendiskriminasikan wanita. namun dunia kini akhir zaman, jahiliah modern mula muncul, menurut ust zaharuddin, ada beberapa ciri wanita jahiliah zaman modern :

1. Diperalat untuk laris barang dagang . eg: untuk melariskan sesuatu produk ditayangnya perempuan cantik dan kecantikan itu ditayang pada semua lelaki yang bukan mahramnya.

2.  Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard lelaki . eg : perempuan sibuk mahu lakukan apa yang lelaki mampu buat, namun ada sesetengah kerja lelaki yang apabila wanita bertudung melakukannya ia sedikit memberi kesukaran, dan dari situ akan mula timbul perasaan yang mengapa islam mnyuruh memakai tudung, mula mempersoal hukum allah .naudzubillah.

3. Hamba kepada fesyen dan kecantikan luaran. eg : sanggup berhabis beribu duit semata mata untuk mencantikkan wajah, namun kedekut untuk mengeluarkan duit untuk ke majlis ilmu dan program membaiki hati.

4. fahaman " mesti kerja / ada duit sendiri senang kalau bercerai . eg. seboleh boleh mahu bekerja, berpendapat bahawa kalau bercerai nanti ada jugak duit simpanan, baiklah disini ust menerangkan bahawa, kita memang tak tahu masa depan kita, kita buat peancangan simpan duit supaya boleh protect kita kalau bercerai, namun mengapa kita tak cuba protect perkahwinan kita instead of fikir simpan duit kalu berceai senang.

5. keluarga menjadi prioriti kedua. eg : disini si isteri sibuk bekerja, dan keja mendidik anak yang sepatutnya dibuat isteri diserahkan sepenuhnya kepada nursery. ada juga yang sibuk dengan berdakwah diluar namun anak suami di rumah terabai, dalam konteks ini, si suami boleh fikirkan tentang rukhsah berpoligami, kata ust zaharuddin.

Kedudukan wanita solehah : 

hadis yang bemaksud " berkata ali bin abi talib, kebaikan di dunia adalah wanita solehah dan kebaikan di akhirat adalah bidadari bidadari dan azab neraka bagi wanita jahat. 

selain itu, hadis yang diriwayatkan oleh abu daud yang bermaksud " berkata rasulullah saw " ketahuilah aku ingin menyatakan sebaik baik yang dijaga oleh seseorang adalah wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, dia menggembirakan, apabila diminta/disuruh dia mentaatinya dan apabila kamu tiada, dia menjaga dirinya dan harta suaminya. 

Solehah mendamai dunia melalui :

1. Diri sendiri : seorang wanita solehah itu sentiasa menyedari dirinya tidak sempurna lalu melazimi taubat dan muhasabah diri, disini bukan merendah diri dengan diri sendiri namun dengan sentiasa merasakan diri sentiasa berdosa dan memperbanyakkan taubat.

- mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal bukan emosi semata. eg: disini wanita solehah itu perlu sentiasa melwan emosi negatif yang ada pada dirinya, kadang disebabkan emosi ini lah akan membuatkan dia derhaka pada suaminya.

- mementingkan soal kualiti iman dan aurat berbanding kecantikan luaran. eg: lebih menitik beratkan soal pakaiannya, adakah pakaian cantik yang dipakainya itu diterima syara', adakah ia adalah pakaian yang disarankan islam. kadang manusia sekarang walaupun berpurdah namun jubah yang dipakainya itu ketat, jadi dari situ sebelum keluar pastikan aurat dijaga rapi, dan bukan atas dasar ingin cantik semata dan memandang enteng soal aurat dan syariat.

- redha dan sabar dengan cabaran sebagai muslimah

- menyedari target bahagia bukan semata bahagia kebendaaan,pangkat,pencapaian duniawi tetapi pada keredhaan Allah di dalam hati. 

- menyertai amar makruf nahi munkar. eg: mencari jalan sebaiknya untuk menyampaikan kebenaran kepada orang lain. cth: berdakwah di laman social, menunjukkan akhlak yang baik, dan tidak menjadi fitnah didalam agama itu sendiri.

2. next is, Solehah pada suami : sabda nabi yang bermaksud " sekiranya aku boleh mengarahkan seorang sujud kepada selain Allah, nescaya pasti telah aku arahkan wanita untuk sujud kepada suaminya, until end.

- tugas isteri adalah sebagai, penasihat suami dalam bentuk hikmah lagi tepat. eg: perlu tahu tatacara tegur suami, cara menegur suami tidak sama caranya seperti menegur anak. seterusnya waktu menasihati suami adalah perlu kena pada tempat dan masanya, jangan lah kita menasihati suami ketika dia sedang serabut penat baru pulang dari kerja.

- Tidak mengorek kesalahan suami, sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala kesalahan terzahir jelas dan mula membuah rasa negatif. eg: tidak sewenang mencari rahsia suami, dengan check semua sms suami, check email, then tuduh membabi buta tanpa urusan periksa, dan terus jump into conclusion. itu tidak bagus.

- menyedari suami juga tidak sempurna lalu mendoakan suami dan memafkan. eg: kemampuan memafkan sesuatu adalah, antara ciri wanita solehah. 

- wujud tumpuan waktu untuk memahami minat dan kesukaan suami lalu mendalaminya. eg : suami minat bola, jadinya isteri juga perlu ambil tahu tentang bola, supaya bila berborak, suami juga boleh berborak tentang bola dengan isterinya, isterinya adalah kawan baiknya dimana, semuanya dicerita pada isterinya, bukan hanya certain things je dia share dengan isteri and other thing cerita kat kawan.

- menutup aib suami dari kaum kerabat, rakan dan awam. eg: tidak meluahkan masalah nya pada orang lain, lagi lagi pada laman social, contohnya update status tentang masalah rumah tangga yang dihadapinya. itu bukan ciri wanita solehah, kata ustaz, wanita solehah itu tidak meluahkan masalahnya, namun mencai jalan untuk menyelesaikan masalahnya. 

3. Solehah pada anak anak: anak anak diutamakandari kerjaya, pangkat dan harta.

- mendidik anak dengan perancangan dan plan bukan didik dengan secara spontan eg: tiada perancangan awal dalam kaedah mendidik anak, sebaliknya baru berfiki tentang caranya apabila anak act with some behavior, bukan macam itu yang dimahukan, dalam psychology pun ada belajar, behaviour and attitude are learned so takde masalah jika kita mahu merancang cara didik anak, dan apa kelakuan yang akan nampak dengan kaedah didikan yang diberikan. *ni konklusi sendiri bukan ayat ustaz. haha sorry kalau yg ni ada salah. :P

- kasih sayang dan akhlak terpuji model ikutan buat anak anak. suasana yang baik dalam keluarga akan memberi effect pada anak anak, eg: ibu bapa cakap kasar dengan anak anak, maka tendency untuk anak anak bercakap kasar dengan orang lain sangat tinggi, budak ni kan, dia lebih mudah akan meresap apa yang dia nampak berbanding apa yang dia dengar, as in psychological theory observable learning, ini dimana, anak anak akan ikut apa sahaja yang dilihat, ditonton ataupun yang didengar, jadi sebagai ibu yang solehah amatlah penting baginya untuk menunjukkan akhlak yang baik, bukan ibu sahaja, malah ayahnya juga. kerana dari sikap ibu bapa itu sendiri lah akan mncerminkan nilai yang ada pada diri anak mereka. *konklusi sendiri juga, jika ada salah mohon bagitahu.*

- pendidkan ilmu agama anak anak lebih utama dari segala jenis pendidikan lain.

4. solehah pada kejiranan : menjadi ikon pada jiran

- wujudnya dia membuatkan aktiviti buruk menjauh, kebaikan mendekat  eg: apabila berjumpa kita, orang lain tak jadi nak mengumpat, dai nak mengumpat terus berubah berbincang hal hukum pulak. :D

- tidak mengumpat dan mengadu domba serta menunjuk nunjuk perhiasan diri eg: pergi rumah jiran semta mata nak tunjuk hand bag baru atau barang emas baru, itu bukan ciri wanita solehah.

- menjaga batasan aurat dan pergaulan dengan kaum lelaki jiran jiran, anak dan suami jiran eg: tidak berborak dengan istri jiran tetapi datang rumah sebab nak berborak dengan suami jiran, itu bukan ciri wanita solehah.

- tidak menjadikan isu tanah, pokok, parking, hiasan rumah sebagai punca cemburu dan bergaduh, eg : orang sebelah punya daun pokok jatuh kat rumah kita, and then kita mengamuk tak tentu pasal, ataupun hiasan rumah sebelah lebih baik dari kita makanya kita berdengki dengannya.

5. solehah pada kerjaya dan tempat kerja. : Aurat dan pergaulan dijaga. eg: tidak berlebihan dalam berpakaian semasa bekerja ataupun balik dari kerjanya itu, dihantar oleh lelaki lain, sekiranya ini berlaku lelaki harus bangkit, usah jadi lelaki dayus!.

- meminta izin suami untuk berkerja. eg: jika suaminya mampu untuk menaggungnya dan meminta untuk dia tidak bekerja itu tidak menjadi masalah, yang mnjadi masalah adalah orang sekeliling yang mnyucuk agar pergi bekja dan berkata yg suami itu kolot atau apa sahaja, sebagai pihk luar, kita mendokan itu lebih baik.

- bekerja bukan untuk bersaing dan menayang kehebatan mencari wang tambahan.

- wang tambahan bukan diniat untuk 'protection' jika diceraikan. ingat! berkahwin bukan untuk bercerai.

- tiada abaikan pendidikan anak anak dan keperluan suami . eg: menyediakan segalanya sebelum pergi ke kerja, apabila pulang ke rumah, selesaikan segalnya, melihat anak anak, menyediakan segala keprluan dan sebagainya.

- by ustaz zaharuddin abdul rahman. -



Perbentangan 2 : Rumahtangga dan kerjaya : celik mata dan hati. by Prof Dr Muhaya Muhammad.

baiklah, masa perkongsian dr muhaya ni, najwa ada tertinggal sedikit sebab masa tu lewat sedikit due to some reasons. tapi takpe najwa share mana yang najwa sempat inshaallah. :)

kata dr muhaya, dalam hidup kita mesti fokuskan untuk cari redha allah, focus kita perlu jelas. katanya lagi, andai kita memilih untuk berkahwin, pasang niat, kita berkahwin untuk apa? untuk dapat redha allah, untuk ikut sunnah, supaya dapat lahirkan zuriat yang soleh dan solehah dan dapat bantu agama allah ini.

dalam hidup kita mesti ada 5 K. what is 5 K? 5 K adalah, Ketenangan, kesihatan, kewangan, kebahagiaan, * yang lagi satu K najwa tak sempat salin, jadinya sesiapa yang tahu boleh tinggalkan comment di ruang comment. terima kasih :)

kata dr lagi, kita manusia ni perlu berhenti mencari berita, berhenti mengambil tahu tentang orang lain, kita perlu mencari ilmu, cari makin banyak ilmu bukan hanya mencari berita, membaca laman laman gossip dan sebagainya. dalam dunia ni ada 2 jenis tamak sahaja yang dibernarkan which is Tamak Ilmu dan Tamak Pengampunan dari Allah. Tamakkan imu tu, dengan mencari sebanyak ilmu, dan cuba untuk mengamalkannya dengan ikhlas.

jadi isteri ini mesti ada tujuan, which is kita kahwin kerana ikut sunnah dan bukan kerana cinta semta semata. supaya bila kita kahwin kerana allah da nilai keberkata itu wujud dalam keluarga kita maka akan lahirlah zuriat yang soleh, dan anak itulah yang kelak akan menjadi pencen kubur kita nanti.

dalam hidup mesti jelas konsep dan focus kita,:
 konsep : - memberi manfaat       focus: -Akhirat dan syurga

kata dr muhaya lagi, apabila kita cari syurga akhirat, syurga dunia akan terbina. Allah indahnya islam kan? :')
 apabila jiwa dalaman yang positif, ia kan mengeluarkan emosi yang positif, dan dari emosi yang positif itulah ianya akan mengeluarkan tindakan yang positif. konklusinya, jiwa yang bersih akan membei bahagia secara keseluruhannya. :)

emosi yang paling tenang adalah, bersyukur.

*muhasabah : dalam sehari berapa banyak kali kita puji anak kita? adakah ia melebihi kita marah anak kita, kata dr muhaya muhasabah, hargai setiap perbuatan anak, kan anak itu anugerah dari Allah. :')

kata dr muhaya lagi, minda bawah sedar kita memeberi pengaruh besar pada tindakan kita, contohnya jika kita sudah terlambat ke sesuatu tempat, jangan kita berkata " ni mesti tak sempat sampai ni, minda kita dari awal lagi dah proses perkara negatif jadinya hasilnya akan keluar negatif juga, bila kita dah set kat mind yang kita akan sampai lewat, pastinya kita akan sampai lewat juga. jadi untuk yang lebih baik, jika kita sudah terlambat ke sesuatu tempat lebih baik jika kita berkata dalam hati " inshaallah kita akan sampai tepat pada waktunya, inshaallah allah mudahkan semuanya" lihat, antara dialog sebelum dan sekarang banyak beza bukan? inshallah allah akan mudahkan semuanya, bukankah allah yang menggerakkan segalanya di dalam dunia ini, jadi kita tidak perlu risau, kan allah ada untuk ubah semua ni :)

5 perkara penting yang wajib ada dalam hidup setiap manusia

1. kasih sayang tanpa bersyarat : kita berikan kasih sayang kepada semua orang tanpa berbelah bagi, kita mulakan hari kita dengan memberi senyuman pada orang lain, banyakkan memeberi, dan itu lebih baik.

2. forgiveness : jangan ada account dengan orang lain, maksudnya jangan membenci orang lain, atau tidak memaafkan orang lain, dan tiada istilah " i can forgive but i cant forget" kerana selagi mana kita belum melupakan kesalahan orang itu, itu tandanya kita masih belum memaafkan orang itu.

3. Jangan tamak, berebut atau kedekut.

4. kerohanian : menjaga hubungan dengan allah sebaik mungkin.

5. ketenangan : jika mahu lahirkan rasa ketenangan dalam diri, kita kadang ada je tak puas hati dengan orang kan, then kita fikir macam mana nak ubah orang tu, sepatutnya kita fikir, bagaimana nak ubah diri kita dahulu, baru fikir nak ubah orang lain, utamakan diri dahulu, itu lebih penting.


Manusia jernih vs manusia keladak

Manusia Jernih :

1. berilmu, yakin, bahagia, sihat, dan tenang
2. banyak duit, kenapa? sebab selalu memberi selalu besedekah.
    ratio orang banyak besedekah 5:10 kita bagi 5 kita dapat 10, lihat hebatkan manfaat sedekah ni? :D
3. hidup dari dalam ke luar, maksudnya they seen what they believe. bertindak melalaui jiwa yang tenang, dan menimbulkan perilaku yang tenang dan positif.

Manusia Keladak:

1. negative thinking.
2. tak punya ilmu
3. sering dalam hidupnya wujud perkataan seperti ( takut, risau, kalau, nanti)
4. kesihatan yang tidak sihat
5. duit yang tak banyak
6. suka mencari silap orang lain dan silap sendiri tak pernah dinampaknya.

mutiara kata:

" orang yang tak yakin dengan diri sendiri dia tidak yakin dengan Allah " - prof dr muhaya

" pendam marah adalah antara penyebab wujudnya breast cancer " - prof dr muhaya

" orang yang sibuk bagi manfaat pada orang lain, dia tidak banyak penyakit kerana dia banyak melihat pada diri sendiri dan tidak banyak melihat pada orang lain, bila banyak lihat diri sendiri, bnyak nampak kekurangan diri, jadinya takde masa nak tengok kelemahan orang lain " - prof dr muhaya

" saya melihat kesempurnaan diri didalam ketidak sempunaan itu "- prof dr muhaya

" sebelum tidur, baca 3 Qul, maafkan orang lain, redha dengan semua perkara, terima kasih pada suami, dan orang lain juga. " - prof dr muhaya.


ini sahaja yang dapat dikongsi sepanjang hari pertam berada di sana, sebenarnya ada lagi dua orang panel, cumanya najwa tak salin . wuwuwu,maaf ye, inshaallah pengisian untuk hari kedua akan najwa kongsi dalam waktu terdekat, dan pastinya topiknya lebih menarik inshaallah. :') SEMOGA BERMANFAAT . moga segala perkongsian ilmu ini akan menjadi saham akhirat dan pencen kubur najwa nanti. sama sama kita ke syurga! :) Assalamualaikum .

Love,
Niena Najwa Bt Mohd Rashid
21-22 January 2013.
             











3 comments: