Tuesday 15 January 2013

Reflection, throwback. 2012. memories


Bismillah,

Assalamualaikum, allahurabbi lama sangat tak update blog, dah 9 bulan tak update, maaf sudah berhabuk sangat ni, terlalu busy masa degree ni, banyak assignment, presentation ini pun sebab baru masuk cuti semester untuk sem 1. tu macam terbuka hati nak update blog, nak share something moga najwa sedikit sebanyak memberi manfaat pada orang lain, inshaallah. :') alhamdulilah, moga cuti kali ini bermanfaat.

Firstly, najwa rasa sebab najwa dah lama tak update blog najwa ada banyak sangat experience nak ceritakan pahit manis, semua ada, lebih kepada #throwback 2012 lah. macam tu. hihi. selamat membaca semua. ^_^

kadang kepahitan tu mengajar kita erti bersabar, kadang kemanisan itu mengajar kita erti bersyukur, thanks kawan kawan yang banyak bagi support. kadang bila kita nak berubah jadi lebih baik, allah akan hadiahkan kita dengan orang yang solehah, yang boleh bantu kita ke syurga. :) i learn many things from them, 2012, banyak mengajar najwa erti mengharga, erti apa itu tujuan hidup kita, apa itu syurga, apa itu manisnya cinta allah, apa itu kuatnya diri tanpa dibelenggu maksiat, allahurabbi, manisnya pengalaman ini, sungguh najwa bersyukur. tipu kalau najwa kata najwa tidak diuji dengan semuanya ni, kadang terasa diri lemah, macam rasa down sangat. tapi alhamdulilah ada kawan yang membantu , bagi semangat, allah bagi kekuatan, allah selalu ada dengan najwa, allahurabbi, terima kasih ya allah. :') 2012 you meant everything to me. alhamdulilah. :)

October 6 2012
pengalaman pertama dalam hidup, najwa dikejutkan dengan berita adik najwa masuk icu. allah masa tu rasa macam lemah terus lemah dan terus lemah, menggigil masa baca wassaap kakak masa tu, sebelum tu jam 2.30 am kakak ada call but then najwa macam pelik kenapa dia call tiba tiba ni, pagi pagi macam ni, and najwa just ignore call tu and sambung tidur balik. and then pukul 5.45 am, dapat call dari mak, mak cakap yang adik kat icu sekarang sebab kene jangkitan kencing tikus. allah macam tak percaya perasaan masa tu. macam mana nak ungkap, itu sahaja adik yang najwa ada, satu satu nya hero kiteorang.and alhamdulilah Allah izin masa tu nurif ada kat uia, datang ziarah and stay kat uia, and kiteorang bergegas lepas solat subuh bersiap semua dan naik teksi, alhamdulilah dalam masa ke hospital allah mudahkan semuanya, allah mudahkan perjalanan kiteorang and najwa sempat jumpa adik sebelum dia masuk ke wad icu. sebelum dia diberi bius, kakak najwa ada bagitahu, yang dia tanya mana najwa, lepastu kakak jawab najwa kat uia dan on the way sekarang, lepastu dia kata, dia nak sangat jumpa najwa, and after that dia menangis. subhanAllah. sebak. T_T. then dia kene bius najwa sempat jumpa dia, diusap jarinya, dikucup dahinya, sambil najwa doa kat telinga dia,affeeq kene sabar, kene kuat hadapi semua ni, anyah tahu affeeq kuat. Allah . masa tu Allah tahu betapa sedihnya najwa. nurif kakak, semua nangis, dan mak masih dalam perjalanan dari johor kerana mak jaga wan kat kampung, dan dalam pukul 8.00 am macam tu afffeq dibawa masuk ke wad icu, and masa tu najwa memang tak berhenti menangis, menangis dan terus menangis sebab macam tak percaya, baru ahad lepas najwa dengan dia mak,and ucu kiteorang pergi petrosains, and masa tu affeeq kuat and dia ada cakap dia penning, najwa just bagi dia minyak angin. and ajak dia pergi makan, and after a week, dapat berita dia demam teruk and rupanya kene jangkitan kencing tikus. sepanjang hari, menangis, disebabkan terlalu stress, kepala pening sangat, migraine sekejap dan jerawat juga tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. >_<" nurif nasihatkan najwa, najwa kena banyakkan doa, inshaallah dengan doa, allah akan ubah semua ni, doa kan senjata orang mukmin. Allah, sebak masa tu dan najwa kena yakin dengan kuasa Allah, and najwa solat hajat, kami semua baca yaasin untuk dia non stop, and solat hajat, malam tu balik rumah seems like najwa memang tak boleh nak tidur, sebab asyik terbayang afffeq tengah tengok tv kat luar, bila dengar orang main futsal terbayang kat dia and rupanya dia takde, dia dekat hospital sedang bertarung nyawa sekarang.Allahu, memang pengalaman yang tidak boleh lupa. T_T , semasa najwa melawat affeeq di icu, affeeq lemah, badannya kuning sangat, kaki, tangan, badan, lemah, keras, kaku, najwa cakap, bisik kat dia, dia senyap je, tak jawab apa, perasaan masa tu memang sangat sebak, *masa tulis entry ni pun dah nangis* afffeeq antara pesakit yang kritikal sangat masa tu dan antara pesakit yang muda. then Dr jumpa najwa dr cakap, adik awak belum stabil, dan paru paru still not function, buah pinggang tak funtion, hati still ada kuman lagi, najwa masa tu sebak dan berharap agar allah sahaja yang dapat mengubahnya. and Dr ada pesan kat abah yang affeeq sebenarnya 50/50 sahaja peluang untuk hidup sebab kuman dia dah merebak ke organ penting seperti hati, paru paru, dan buah pinggang.

on the next day, mak call cakap afffeq dah bergerak sedikit tapi masih belum sedar, and we keep pray, recite yaasin, dan najwa belajar sesuatu dari pengalaman ini, iaitu najwa bukan bergantung pada manusia lagi, kali ni pergantungan hanya pada Allah, and totally Allah, no other things. Allah memang kasihkan kami sekeluarga, Allah tunjukkan miracles satu persatu, Alahamdulilah, and malam sikit Affeeq dah sedar, but dia separa sedar sebenarnya, najwa jumpa dia, najwa nangis, najwa cakap kat dia affeq kuat tau, then dia macam tak boleh nak respond sebab dr cucuk kat leher dia wayar untuk masukkan air dalam badan dia, just macam tengok keadaan dia tu, allah sakit sangat, bila najwa cakapkat dia, dia angguk sikit, lepastu mengalir sikit air mata dia, najwa pun cium dahi dia, cakap yang najwa sentiasa doakan dia, allah ada untuk bantu affreq, affeeq boleh cepat sembuh, kuat tau. masa utuk jumpa affeeq terhad sebab wad icu ada limit masa nak jumpa so tak boleh lama lama, sebab ramai sangat saudara mara, kawan sekolah dia datang melawat. alhamdulilah, ramai yang doakan dia, alhamdulilah. :') and affeeq semakin pulih hari demi hari, allah bagikekuatn kat dia, mak abah, bergilir jaga dia, mak kurang tidur semasa tu demi menjaga anknya, abah pun, sanggup tidur bersama affeeq kat hospital, pengorbanan mak abah, sangat besar. T_T. alhamdulilah, afffeeq duduk hospital dalam 2 minggu macam tu 3 hari di icu dan selebihnya di wad biasa, namun masa di wad biasa dia tetap dijaga rapi sebab apa apa boleh berlaku pada dia, namun kuasa Allah siapa yang tahu kan? Allah bagi satu lagi nyawa untyuknya untuk teruskan lagi kehidupan seperti biasa, alahamdulilah, affeeq ambik spm 2012, dan alhamdulilah semakin hari najwa makin nampak perubahan yang positif pada dirinya, moga allah bantu. :) sekali lagi, Alahdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah.

2012.
najwa mula belajar untuk kenal apa itu bahagia yang sebenar, najwa mula mengesan apa tindak tanduk najwa yang membuatkan najwa tidak bahagia, dan alhamdulilah allah bantu najwa, alhamdulilah, najwa dapat rasakan sesuatu yang lain dari diri najwa sendiri disebabkan segala pengalman itu, benarlah pengalaman itu adalah guru yang terbaik. :')

2012.
you teach me a lot, thank you 2012, thank you Allah. :)


2013 : semester break

Agenda:

Duduk rumah selama 2 minggu,
1. belajar memasak
2. rajinkan diri, mengemas, basuh baju, lipat baju dan etc
3. baca buku fikrah. mantapkan lagi pemahaman tentang ilmu agama.
4. hadirkan diri ke kuliah agama
5. membina hubungan yang lebihn baik dengan keluarga
6. menghadiri konvensyen fiqh wanita 2013. (ini paling tak sabar nak pergi)
7. Facilitator kursus jati diri (JDK) 201/2013 di kem bumi jati
8. Attend walimah kakak senior.
9. check result final exam. *cuak
10. persiapkan diri balik UIA
11. tajdid niat dan kembali belajar ke UIA!! yeay me, :D

moga Allah bantu, doakan najwa! :)

love,
Niena Najwa Bt Mohd Rashid
-Rumah Manis Rumah-

4 comments: