Tuesday, 16 July 2013

Sorok. menyorok


" Sayang, I Love You, jumpa lepas kelas k? :) "

" Hey! maaf kalau aku bukan yang terbaik untuk kau, baik aku pergi je kalau kau dah tak sayang!!!"

 haaa, biasakan jumpa ayat ayat macam ni dekat laman social, terutamanya dekat twitter. now, semua orang nak tunjuk yang mereka tengah " in love" ataupunj tengah " bergaduh" dengan pakwe/makwe. --" 

bagi aku, tak elok jugak kalau nak exposed semua benda dekat laman social, tak semua orang suka, dan tak aku nafikan tak semua orang benci. dalam hidup semua benda perlu berpada. tak perlu untuk " too much", full stop. 

sebenarnya, aku sedih tengok gelagat manusia, macam macam ragam, macam macam perangai, pe'el. tapi itulah hakikat manusia, kalau semua perangai sama, bosan lah dunia ni, ye dok? 

satu jaa nak pesan, pesanan ni untuk aku jugak, even aku single. tak semestinya esok esok aku akan teruji untuk buat benda benda macam ni jugak kan? harapnya tidak. 

sebenarnya, bagi aku tak perlu nak tunjuk ayat lovey dovey dekat fb atau twitter. sebab, when you expose yourself too much, it may annoys others, bukan buat orang makin suka. kenapa tak senyap je? i mean korang boleh msg atau mana mana je lah yang bukan tempat umum. sebab makin lama benda ni makin merimaskan aku dan orang lain *sebab pernah dah ada orang mengadu hal yg sama kat aku pasal ni* 

so, untuk couple ke married couple kat luar tu, eloklah kalau sama sama, sembunyikan, bukan apa, at least kalau awak tak segan dengan manusia, segan dengan tuhan , boleh kan? tuhan ni ada kat mana mana, dia nampak apa kita buat, segan sikit. jangan menunjuk sangat. lagipun, bila kau tunjuk kau tengah inlove atau tengah gaduh, kau dalam masa sama dah tunjuk kekurangan pasangan kau, aku pernah dengar perempuan yg suka meroyan cakap itu ini pasal pasangan dia, sebelum kahwin dah tunjuk handal, tak mustahil dia bole buat bila dah kahwin nanti. so? think twist before you act, think wisely, use your precious brain wisely! :) Aku tahu, korang tengah inlove rasa membuak sangat nak luah sayang kat makwe/pakwe tapi simpan lah sikit, make its special and exclusive, tak semua orang boleh tahu sifat kau dengan pasangan macam mana. simpan sikit okay? :)

Tu je, takde apa pun nak bebel, ni pun isi masa lapang sementara nak tunggu masa nak balik. siapa yang rasa pendapat aku ni tak berapa nak bagus, boleh je nak lontarkan buah fikiran. aku ni manusia biasa. so setiap orang ada pendapat masing masing kan. ikut koranglah. tapi bagi aku better not to exposed, hatta, kalau aku tunang sekalipun tak nak aku bagitahu orang. haha. okaylah selamat berbuka kasih sayang!

Love
Niena Najwa 

0 comments:

Post a Comment