Wednesday 15 May 2013

Dalam Kasih Sayang Tuhan


Bismillah.

Alhamdulilah, allah bagi peluang kita semua hidup,untuk terus beribadah padaNya. Ibadah yang bukan sahaja khusus, malam umum juga. ibadah yang bukan sahaja wajib, namun yang sunat jugak. moga moga amalan sunat kita untuk terus dekat dan " Terlist" dalam golongan disayangi allah diterima oleh Nya.

- monolog

Kadang manusia leka, aku juga begitu, bila susah, allah bagi ujian, baru kita terngadah, baru speed sikit langkah nak cari tuhan. tapi bila senang, kadang kita ucap syukur pun susah.apatah lagi beryukur dalam hati. astaghfirullah. moga semua amalan kita selama ini diterima allah. tak banyak. mungkin sedit. moga yang sedikit itulah yang menjadi saham buat kita nanti.

tak tahu kenapa, tulis entry kali ni, moodnya lain macam sikit. mugkin dah nak dekat dengan musim exam, fikirannya lebih bercelaru sikit.sibuk sangat dengan urusan dunia, sampai urusan dengan allah, sedikit sahaja dihabiskan masanya. masa kita ni, allah bagi 24 jam, banyak sangat boleh buat, tapi kita? manfaatkan atau tak, allah. banyak buang masa sangat. :(. doakan najwa, jadik lebih solehah lepas ni. lebih bijak mengurus masa. mungkin lepas ni kene buang kot smartfon nya ni? boleh?

25/5/13. najwa akan start exam.
ada lagi seminggu berbaki, allah idea hilang lah pulak. --". haa, dah musim exam ni, jadi masanya banyak sangat, sekarang kelas pun dah habis. jadi masanya memang untuk study. next week study week dah start. moga najwa lebih produktif untuk study lebih bersemangat untuk lebih akrab dengan Allah.  berbalik pada hubungan dengan allah. serious najwa rasa, penting sangat. akrabnya hubungan kita dengan tuhan, memancarkan kebahagiaan, kemanisan yang tak semua orang boleh dapat. kadang bila dapat markah exam, tak sama macam apa yang kita nak, kita kadang salahkan allah. kita tak sengaja, tapi kadang rasa perasaan tu datang. tapi bila datang penyakit hati tu, kita cuba istighfar, bina balik keyakinan diri. sangka baik dengan allah. mana tahu allah nak kita lebih usaha kan? dan satu lagi. kadang bila kita punya markah macam tak berapa nak okay, usaha dah banyak, stay up tak payah kata, setiap hari stay up *bagusnya, najwa bukan stay up person* huhu. tapi allah still tak bagi lagi kan, masa tu cuba kita CHECK BALIK, macam mana hubungan kita dengan allah, quran kita. baca ke tidak, solat kita awal ke tidak, jemaah atau tak. solat sunat, semakin bertambah atau berkurang? atau hanya bertambah bila nak exam je. benda ni semua bagi effect dalam hidup kita. serious najwa cakap HUBUNGAN DENGAN ALLAH ni sangat bagi kesan dalam hidup kita.jaga ia, jaga sebaiknya. macam mana kita jaga hati mak abah kita, kawan kawan kita, suami, isteri atau sesiapa sahaja. macam tu jugak kita kene jaga hubungan kita dengan allah. patutnya hubungan dengan allah memang paling kene teliti. kadang kita tak sedar yang hidup kita ni semuanya rahmat allah. allah bagi free, tapi kita yang tak rasa, tak nampak. sebab apa? sebab allah takde yang utama dalam hati kita. rasa nak nangis. :'( sebab lately, macam rasa tak kuat, kita akan kuat bila kita ada Allah. bila allah takde memang secara automatik. hati kita lemah, layu, longlai. tak bermaya. kadang ada yang sampai MATI! naudzubillah. tak nak kan kita hati kita mati? ye. semua orang tak nak. jadi amalan kita dalam dunia ni, lead kepada kesan hidup kita. semuanya ni, berputar balik.macam roda. " what we give, that is what we get". easy.

kali ni, tak banyak yang najwa nak kongsi, just ini sahaja. sebab yang ni memang banyak bagi kesan pada najwa.sama sama kita muhasabah, hidup kita ni tak kan selalu cerah, indah,bahagia. namun dengan adanya tuhan. yang susah jadi senang, yang sedih jadi gembira. segalanya bahagia. ditimpa musibah sabar, diberi nikmat bersyukur. itulah, mukmin ajaib.sama sama kita akrabkan hubungan dengan tuhan, biar kelak tak jadi kita hamba yang lupa pada tuhannya. takjadi kita penerima yang lupa pada pemberi nikmatnya. moga moga usaha kita yang sedikit ini dikira allah. doa lah, agar nama kita tersenarai dalam golongan yang disayangi Tuhan.

--
Kadang, bilamana allah tak makbulkan doa kita,
cuba kita check balik amalan amalan kita, adakah ia baik atau buruk?
selalu muhasabah, banyaknya amalan baik dari buruk atau sebaliknya.
kerana, disitulah natijah doa kita.
jaga hubungan dengan pencipta mu, tiada yang lain selain bahagia yang akan kamu kecapi.
percayalah, tuhan tidak pernah membohongi hambaNya, apatah lagi memungkiri janjiNya.
sama sama kita refleksi diri.

Dengan kasih sayang dan doa,

Niena Najwa Mohd Rashid.
15/05/2013 8.04pm
mahallah aminah, iium gombak.

0 comments:

Post a Comment